Jom preview buku: Hidup Sesudah Mati (Bey Arifin)

Assalammualaikum w.b.t

Tulisan blog aku kali ini lebih kepada isu rohaniah sebagai seorang Muslim.

Lewat ini, banyak kejadian bencana alam yang berlaku. Terbaru adalah gempa bumi yang telah menyebabkan kejadian tsunami di negara matahari terbit , Jepun . Masya Allah, tatkala melihat sedutan video tsunami di sana, mengimbau semula kejadian tsunami tahun 2004 di Aceh. Gempa bumi juga telah berlaku di Christhurch New Zealand & China. Maha Suci Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sekelip mata ramai nyawa yang terkorban dalam kejadian bencana alam ini. Adakah ini yang dikatakan “gempa di timur”? Sebelum tanda seterusnya “gempa di barat” dan “gempa di tanah Arab”? Wallahualam.

Dalam post ini aku mahu menulis sedikit preview sebuah buku bertajuk “HIDUP SESUDAH MATI” tulisan Bey Arifin. Kenapa dan mengapa aku tergerak hati untuk menulis preview buku ini? Pertama, ini adalah buku favourite aku sekarang 🙂 . Kedua, kerna aku tersangat-sangat ingin berkongsi dan mengajak sesiapa sahaja yang membaca post ini untuk sama2 meluangkan masa membaca buku ini.

Buku ini telah lama berada dalam simpanan keluargaku. Sejak tahun 1989 or 1990-an lagi. Cuma, aku baru sedar akan adanya buku ini setelah tamat pengajianku di Universiti. Syukur kerna masih diberi kesempatan olehNya untuk membaca buku ini.

“HIDUP SESUDAH MATI” pada permulaannya membicarakan/menperdebatkan samada benar atau tidak adanya kehidupan selepas mati. Alhamdulillah, isu ini telah dikupas dengan indah sekali sehingga mampu menambah keyakinan sebagai hambaNya, InshaAllah.

Setelah penulis berjaya menawan hati pembaca dan meyakinkan akan adanya hidup sesudah mati, maka agenda seterusnya adalah membicarakan bagaimana kita meghadapi kematian diri kita dan orang lain. Kematian adalah ‘pintu’ ke alam yang kekal, ‘pintu’ untuk bertemu denganNya. Buku ini juga telah membincangkan bukti adanya hari kiamat kelak.

Justeru itu, sebelum berbincang lanjut tentang hari kiamat, penulis terlebih dahulu membincangkan pendapat ahli falsafah bukan Islam terdahulu seperti Socrates, Phythagoras, Plato, Aristotles, Descartes dan di ikuti pendapat ahli falsafah Islam  seperti Imam al-Ghazali, Ikhwanus Safa, Ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan Ibnu Maskawaih. Juga dibincangkan tentang pendapat ahli-ahli fikir moden, ajaran pelbagai bangsa dan agama sehingga akhirnya membincangkan Ajaran Agama Islam.

Perbincangan tentang hari Kiamat didahului dengan tajuk alam barzakh (kubur), kiamat besar berserta tanda-tandanya seperti Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, pendapat tentang Imam Mahdi, seterusnya bagaimana terjadinya Kiamat, suasana hari kebangkitan, Perhisaban dan Pembalasan.

Sebelum berbincang akan kesimpulan buku ini, telah dibincangkan dengan panjang lebar akan keadaan Syurga dan Neraka. Dua tempat yang kekal abadi. Juga telah dibincangkan akan keadaan akhirat ini menurut ayat-ayat di dalam surah-surah Al-Quran seperti surah al-Qalam, surah al- Muzammil, surah al- Qiamah, surah al-Waqiah dan berpuluh-puluh lagi surah yang banyak mengingatkan kita sebagai seorang hambaNya akan hari Kedatangan yang PASTI.

Buku ini antara salah satu naskhah yang terbaik antara beribu-ribu naskhah buku tentang agama. Jadi pasti tidak rugi untuk meluangkan masa yang masih ‘tinggal’ dengan kita untuk membacanya.

Kesimpulanya untuk post kali ini, aku  mahu mengajak sesiapa sahaja untuk membaca “HIDUP SESUDAH MATI” ini karya Bey Ariffin. Moga-moga, sama-sama kita beroleh manfaatnya. Ameen.

kematian itu pasti dan kiamat itu pasti

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Pada hari Kiamat seorang tidak akan luput dari 4 pertanyaan : Tentang umurnya, untuk apa sahaja umur itu dipergunakannya; tentang ilmunya, apa yang dilakukannya dengan ilmunya; tentang hartanya, dari mana didapatnya dan untuk apa dibelanjakannya; tentang tubuh (tenaga atau kekuatan tubuhnya) untuk apa dipakaikannya”

( Hadith riwayat Tirmizi dari Abu Hurairah)

**Sesungguhnya terlalu banyak yang aku perlu lakukan untuk memperbaiki diriku. Mudah-mudahan diampuni segala dosaku. Segala yang baik itu datang dari Allah jua, dan yang tidak sempurna itu datang dari kelemahan diriku sendiri**


12 comments

  1. assalamualaikum…
    saya pengangguran dari prabumulih dan saya sudah membaca buku anda pada edisi berikut : 2,3 dan sungguh menggugah hati saya , sekiranya anda mau berbagi cerita dari buku anda secara langsung

    Endy.Prabumulih

  2. saya minta berita berapa pun hargaya tp saya harus beli dimana karna sudah 2 thn saya cari cari lom ktmu ma buku inisaya perlu dan butuh banget makasih

  3. owh masih ada cetakan semula lagi,ni buku koleksi arwah ayah tapi dah jadi simpanan peribadi aq skrg.satu ‘hidup sesudah mati’ & 1 lg ‘samudera al-fatihah’.dua2 dicetak di indonesia,sampaikn bile btemu dgn bahase indonesia yg aq tak faham mbuatkn aq bace bab tu b’ulang2 sampai faham.ape2 selamat maju jaya buat semua.. aaamiiin

Leave a reply to izad Cancel reply