Month: March 2010

aku juga mau jadi bijak pandai

Pada mulanya sukar untuk aku mempercayai..Di unit ICU masih aku tidak percaya..Aku hanya melihat sekujur tubuh yang ditutup dengan sehelai kain putih, dari hujung kaki ke kepala.Seperti dalam babak drama atau filem yang aku biasa tontoni..Aku masih ‘blur’ ketika itu apa yang perlu dilakukan.Namun tiba saat sekujur tubuh itu dikafankan dan aku pandang seraut wajah  yang sangat tenang seperti sedang tidur  lena,baru aku sedar memang sudah tiba saat ‘perpisahan’ yang pasti buat setiap manusia di dunia ini..Saat yang sangat sedih tatkala melihat ibu dan bapanya memeluk sekujur tubuh seorang anak yang pergi dahulu sebelum mereka.

Walaupun kita tidak serapat mana, kehilanganmu tetap amat terasa di hati.

Terima kasih cikgu atas segala-galanya..

Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan..

Terima kasih kerana menyenangkan hatiku dengan canda dan senyumanmu di dalam setiap kuliah.

Moga rohmu dicucuri rahmat..

Moga rohmu ditempatkan di kalangan para ilmuwan agung yang terdahulu dan di kalangan orang-orang yang beriman.

Akan kutitipkan doa buatmu dalam setiap doaku. InsyaAllah.

Ameen..

Di dalam kenangan:

Prof. Dr Wahyudi Martono.

[Pensyarahku untuk subjek System Dinamic & Mechatronics System Design]

Asal-asalan- http://wyudi70.multiply.com/

“Jangan ditangisi pemergiannya kerna dia pergi dengan selamat dalam perjuangan menyampaikan ilmu…”

sehingga perginya dirimu, masih mengajar suatu ilmu padaku iaitu kematian itu adalah pasti buat setiap insan, cuma persoalannya adalah bila. Aku juga mau jadi sepertimu cikgu tidak kira apa bidang sekalipun, mau jadi bijak pandai yang bisa menyampaikan ilmu yang berguna buat insan-insan yang lain. InsyaAllah.